Enable javascript in your browser to view an important message. ..CIK NADDYZ BELOGZ..: January 2011

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followerz Cik Naddy..!!

31 January 2011

Fasa Kehidupan...!!

Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). (Surah Yunus: Surah ke 10 Ayat 24 )
Fasa 1: 
Yang baik jadikan Amalan,
yang tak baik perlu perbaiki, yang tak elok,jadi pengajaran,
mohon ampun atas kesalahan dengan manusia dan yang Maha Pencipta..
jangan lupe yee..doa..doa..doa... =D
Fasa 2: 
Pada hari kejadian yakni hari ini,
ceria, gembira, fokus segala perbuatan anda,
lakukan yang terbaik yang anda mampu!,
dan teruskan mengamalkannya pada setiap hari,
semakin hari,
anda akan yang yang terbaik pada kemampuan anda dengan izin Allah s.w.t..
jangan lupe yee..doa..doa..doa... =D
Fasa 3:
Jernihkan minda,
think positive, fikirkan hikmah, fikirkan yang terbaik,
fikirkan yang hebat-hebat,
dan susun strategi untuk hari esok..
hari esok yang sementara....
juga tentunya hari esok yang Kekal Abadi....
sentiasa cari hasanah dunia dan hasanah akhirat..
jangan lupe yee..doa..doa..doa... =D 

26 January 2011

Sahabat -Devotees

Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...

25 January 2011

Sahabat2 Gen9 SMKAS....!!!

salam sahabat2 sume...
dah lama nad x 2lis something kt blog nie...juz share pe yg nad baca je dlam blog nie...
untuk renungan bersama...
hehe...(^_^)
nad rasa lma sgt tnggal SMKAS n sahabat2 kt SMKAS...sdangkan x smpai 2 bulan lg pun...
hehe...wndunyer kt korang sume....
walaupun stay cntact kt FB...tp x sama mcm kt SMKAS...hehe....:-)
dok 1 kelas...1 aras...1 bgunan...yg penting,kta ada seorang pngetua yg sngat bersemangat...hehe...
kta wat exam kt 1 dewan yg sama -Dewan Muhammad Abduh-
(calon SPM masuk dewan pkai sweater...hehe..)
urus n jalani sume event kt SMKAS sama2....beznyer saat2 2.....RINDUNYER...!!!
Hari Guru...Hari Sukan...Hari Kokurikulum...Hari Anugerah Cemerlang....Jamuan Hari Raya...
BEZNYER...!!!hehe...
Kitty Bear emoticon

tp sumenyer dah berakhir...zaman persekolahan cuma sekali...n kta dah akhirinya guyz...!!!

~Hari Sukan 2010 D'SMKAS~
~semangatnyer atlet2 umah hijau time hari sukan 2010~
chaiyok HIJAU..!!hehe...
~Girlz Gen9 msing2 bergaya time malam Final Jam Gen9 ~
~Boyz Gen9 bergmbar ngn baba kesygan(Cg. Hafizan-ketua warden asrama SMKAS-)..hehe..~
final jam Gen9 2010...
~Girlz Gen9 bergmbar ngn baba kesygan(Cg. Hafizan-ketua warden asrama SMKAS-)..hehe..~
final jam Gen9 2010...
~aini ngan kak wa~
dok wat c0mey plak...!!
hehe...:-)
~sume Girlz Gen9 time jamuan raya 2010~
~geng biru time jamuan raya 2010~
~sume Boyz Gen9 time jamuan raya 2010~
~tin mira,una,awah,yana n nadira~
nadira smpat lg pegang buku QS...:-)
hehe...
~geng merah,pink n black ke nie...??~
naddy konfuse....!!
hehe...:-)
~Girlz Gen9 time kem b4 Trial SPM~
sume nmpak hepi je...??
hehe...:-)

~kak wa,aida wani ngan jat...kt kem setiausaha koko..~
sedihnyer cik naddy x bleyh ekot skali...:-(
rajinnyer setiausaha2 berkaliber nie...
hehe...:-)
~jat zol,ekin ngan mira kt 4 Ibnu Sina 2009~
jat dok 2njuk pe 2....???
smangatnyer ekin ngan mira tgk...
hehe...:-)
~kak wa,aini,ati ngan solehah dok posing tas bukit..~
time SPM...kluaq bersenam ptg2...
hehe...:-)

~geng MPP SMKAS Gen9(girlz..)~
sume wat muka bek je dpan camera...
blakang camera....jeng3!!!GT(geng troublemaker)...
hehe...:-)

~geng MPP SMKAS Gen9(boyz..)~
dok posing ngan PK HEM plak...
mentang2 la dah puas posing ngan minah2 Australia...
huhu..

~knagan terindah...cik naddy kna buli...~
sakitnnyer pipi cik naddy...!!!aini senyum je eyh...
TOLONG...!!!

~wndunyer kt ASTRIMASI(asrama puteri SMKAS)~
tmpat sume plajar puteri SMKAS berehat n bergurau senda sama2...
hehe...:-)

~time kem pmantapan akidah 2009~
tin syud mai mlawat sahabat2 kt SMKAS...

~ajmal,cik naddy n tin syud..BFF..~
sahabat sejak form 1 lg....msuk SMKAS sama2...
1 Februari 2006..wndu korang...

~sally ngan cik naddy..~
tgh stady chemistry la ktakn...exam chemistry dah dkat...
hehe...:-)

~mlam Final Jam Form3 Gen9 2008~
sumenyer dah knyang...bwu lpas mkan la ktakan...
hehe...:-)

~girlz Gen9 4 Ibnu Khaldun 2009~
mcm2 gaya eyh...
hehe...:-)

~sesi fotografi 2010..~
5 Ibnu khaldun...gaya bebas....
hehe...hepinyer sume...!!

~dibah,nadira,anis ngan una...~
bwu lepas SPM la ktakn....MERDEKA ..!!!
sume muka hepi je...hehe..

~girlz 5 Ibnu Khaldun 2010...~
posing gaya bebas ngan techer sarah...
hepinyer...!!!hehe..

ehmmm......nnti nad tmbah lg k gambar2 knangan di SMKAS...
Ukhuwah Fillah Abadan Abada...!!!
hepi2 sokmo sume...!!
wasalam...

21 January 2011

Rindu Nabi Muhammad SAW Terhadap Kita..!!

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
alt

20 January 2011

Untukmu Adam & Hawa..!!

Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.
Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.
Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.
Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.
Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.
Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.
Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.
Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh A
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...