Enable javascript in your browser to view an important message. ..CIK NADDYZ BELOGZ..: March 2011

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followerz Cik Naddy..!!

27 March 2011

Kisah Arnab & Kura-Kura..!!


Assalamualaikum..(^_^)
Ari nie cik naddy bwu baca sal cter arnab ngan kura-kura...hope you enjoy..!!(^_^)
alt
Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.
Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.
Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.
Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan.
(Biasanya cerita ini akan berakhir disini, tetapi kali ini cerita ini bersambung...)
Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.
Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.
Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.
Pengajaran : Pantas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten.
Jika dalam syarikat anda, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas dan konsisten. Sudah tentu, individu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita.
Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.
Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan.
Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.
Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.
Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.
Pengajaran : Kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan.
Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang membuat kiraan stok. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam bidang pemasaran. Cebur bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.
Kisah ini belum berakhir....
Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.
Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.
Perlumbaan dimulakan.
Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.
Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.
Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.
Renung2kanlah..!!

24 March 2011

Begitukah Cinta Dah Habis..!!

Assalamualaikum..(^_^)
ari nie cter BEGITUKAH CINTA dah tamat...
spa yg suka tgk cter nie angkat tngan...!!!
hehe..(^_^)


nad suka jgk tgk cter nie...
tp slalu jgk la miz..2 pun kalau p mna2 la...
kalu dok kt umah x penah miz la...
hehe...(^_^)
last skali mama Nazril bleyh trima Riana jgk...
insaf jgk akhirnya mama Nazril 2...
cter nie hepi ending...Cici
hero ngan heroin hepi2 je time last episode...
hehe..(^_^)
nie hero ngan heroin...(nazim othman ngan ainul aisyah)

nie erin ngan krisya...

syakir ngan krisya..cute2..!!
Begitukah Cinta (Akasia TV3)
bez kn cter nie...
lagu cter nie pun bez2 jgk...

  • Aizat-Sungai Lui
  • Akim-Janji
  • Adira-Aku Ada Kamu
  • Nazim Othman-Cinta

qooemoticon
da lg 2 3 lgu lg...hehe...
papepun..cter pun dah biz..1 family pun dah hepi...
nad pun nak bnti taip dah..
hehe..(^_^)
WASSALAM..!!

Result SPM..!!

Assalamualaikum..(^_^)
kemarin sume candidatez SPM 2010 dpat result...


'23 MAC 2011'

sume p la skolah masing2..(nk amik result la 2..)
nad pun salah sorang candidatez SPM 2010...
so,nad pun p la SMKAS....
ketaq gler time dok dlam keta on the way nk p SMKAS...
bla smpai kt SMKAS...
nad pun p la masuk DEWAN MUHAMAD ABDUH(dewan besar SMKAS la 2..)
(yg 2 pun nk bgtau)..huhuhu...
bla smpai kt depan USTAZAH HASHIMAH(guru klas 5 ibnu rusd,guru kelas cik naddy la 2..)
ustazah pun bg la result kt nad,nad pun amik la result 2....
ehmm....bpe eyh..??
result SPM nad ok la...tp x bpe ok la sgt...
but meningkat la dr trial dlu...
papepun.....nad tetap bersyukur dengan pa yg nad dpat....
ALHAMDULILLAH...!!!
bpe yg nad dpat 2 biar la rahsia dlam blog nie...
TAHNIAH kpada sume sahabat2 yg dapat keputusan cemerlang...
All the bez sume..!!

WASSALAM..

21 March 2011

Jangan Lupa Baca..!!

Assalamualaikum..(^_^)
ehmmm....ari nie nad x da cter nk dipostkn...
x da mood nk posting...
crabemoticon
so,nad post la something from iluvislam yg nad baca tdi...
bez cter 2...sal kisah rumput yg dikaitkan ngan kasih sayang...
korang baca la post nad be4 nie...
KISAH RUMPUT DAN KASIH SAYANG...
jangan lupa baca...
n sama2 la kta renungkan yg terbaik k...
enjoy reading guyz...!!!
wasalam...!!crabemoticon


Kisah Rumput Dan Kasih Sayang..!!


Assalamualaikum...(^_^)
Tdi nad da baca 1 artikel motivasi kt laman iluvislam...bez artikel 2...
ni la artikelnya...harap suma enjoy..!!


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.
Jadi sahabat2...marilah sama2 kta renungkan..!!

18 March 2011

Holidayz..!!

Assalamualaikum..(^_^)
malam nie rasa nk blogging la plak....
tp x tau nk cter sal pe...
skunk nie cik naddy dok kt Bentong...(wat pe eyh..??)
sbnarnyer dr kmarin lg nad ngan family start holiday...
kmarin dok kt KELANTAN...
ari nie spatotnya nk p umah mak lang kt Sungai Buloh...
tp dah malam...so,benti bermalam kt Bentong la dlu...
holiday yg agak mmnatkn...asyik dok dlam keta je...
6 jam dr Alor Star ke Kelantan...
6 jam lg dr Kelantan ke Bentong...
ish3...npe plak nk pnat kn....
bkan nad yg kna drive...(pnat lbih dr ayah yg kna drive..hehe..)
bkan pnat drive,tp pnat tdo....
tdo pun pnat.........
hehe..(^_^)
apa la yg nad dok merapu nie...??
x pe la....nad pun dah x tau nk 2lis pe dah...
dah ngantok...nk tdo lg....
(ish3..TDO..!!TDO..!!TDO..!!)
nitez...
WASSALAM..!!

16 March 2011

Juz Blogging..!!

Assalamualaikum...(^_^)
nad sja nk merapu ckit mlam nie...
malam...???pagi dah kot....
pape je la...hehe..(^_^)
nad x tau nk wat pe lg kt blog nie...
da sja yg nk tmbah n x puas hati...
mcm2 tutorial yg nad jumpa...
tp bla wat......X JADI PLAK...
hahaha...so,x jdi la nk wat...
mlas nk serabutkn pala...
tp bkan la sume x bleyh wat...da skit2 je yg kureng pham cra nk wat 2...
so,juz ignore je la...
hehe..(^_^)
tp nad berjaya la mngubah blog !!..CIK NADDY..!! yg dlu...
skunk nie dah brubah wajah...ALHAMDULILLAH...!!
walaupun x la bnyak sgt tp ok la...
better than be4 nie..
nad rsa sronok la skit nk blogging slalu..
hehe...
tp x bpe ada idea la nk 2lis pe...
mlam nie pun boring gler...x tau nk cter sal pe...
mata x rasa ngatok lg...mlaz nk off laptop lg...
ehmmm....2lis merapu je la kt blog nie...
hehe...(^_^)
merapu2 pun pnjang jgk nie...
k la...nad dah mlas nak merapu dah....
nk lyan nset n novel plak...be4 mata nie rasa nk 2tup...


nnti nad post pape lg...
nitez..!!
WASSALAM..







13 March 2011

Slamat Kembali..!!

Assalamualaikum..!!(^_^)
hepinyer ari nie...geng PLKN dah balik...!!
hehe..(^_^)
depa yg balik...nad plak yg hepi...
hehe...npe eyh...??
jeng..!!jeng..!!jeng..!!
x da pe la...juz hepi je...rmai kwan2 nad yg dah balik...
dkat 40 owg geng skolah nad dpat PLKN...
so,bla depa sume dah balik...hepi la...hehe..(^_^)
betul ke..??
betul la...nothing more than that...
to sume sahabat2 PLKN...
SELAMAT KEMBALI KE DUNIA LUAR...!!
terutamanya kpd geng PLKN BUKIT BESAR,KULIM...
slamat menjadi manusia kmbali setelah 3 bulan duk dlam hutan...
hehe...juz joking guyz...!!
pape pun result dah dekat nk kluar dah...
mcam2 prasaan yg melanda hati nie...
nervous+takot+mcm2 la...= x da prasaan..
rasanya result dah konfirm kluar 23 Mac nie...
ehmm...harap2 sume dapat kputusan yg baik...
InsyaAllah...!!
ehmm...nad dah x tau nk 2liz pe dah..
bwu pas tgk cter Trilogi Cinta...bez jgk cter 2...

Trilogi Cinta TV1

k la,nad nk sambung mlayan nset plak...(mentang2 la bdak PLKN dah balik...)
jumpa lagi klau da pape cter..!!
hehe....(^_^)
WASSALAM..




09 March 2011

11 Jenis Manusia Didoakan Malaikat..!!

Assalamualaikum..(^_^)
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
 


ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."  
  
 ORANG YANG SEDANG DUDUK MENUNGGU WAKTU SOLAT

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:


"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"  
ORANG YANG BERADA DI SAF DEPAN KETIKA SOLAT BERJEMAAH


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." 


ORANG YANG MENYAMBUNG SAF PADA SOLAT BERJEMAAH

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."



 KALANGAN MALAI'KAT MENGUCAPKAN 'AMIN' KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBCA AL-FATIHAH

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:


"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." 


ORANG YANG DUDUK DITEMPAT SOLATNYA SELEPAS SOLAT

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."



ORANG YANG MELAKUKAN SOLAT SUBUH & ASAR SECARA BERJERMAAH

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:


"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "





  ORANG YANG MENDOAKAN SAUDARANYA TANPA PENGETAHUAN ORANG YANG DIDOAKAN


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"



ORANG YANG MAMBELANJAKAN HARTA (INFAK)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"



ORANG YANG SEDANG MAKAN SAHUR

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:


"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


  ORANG YANG SEDANG MELAWAT ORANG SAKIT

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.InsyaAllah.

08 March 2011

Rama-rama VS Wanita..!!


Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.
Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.
Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.
Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.
Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.
Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]
Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...